Sunday 3 May 2015

Satu lagi gempa bumi landa Nepal pada Sabtu

Lebih daripada 600 gegaran dicatatkan sepanjang minggu lepas selepas gempa bumi pertama itu melanda Nepal. - Gambar Fail

KATHMANDU: Satu lagi gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda barat Nepal pada Sabtu. Gempa itu berpusat di Gorkha.

Ini merupakan gempa ketiga yang menggegarkan Nepal selepas dilanda gempa bumi pertama pada 25 April lepas.

Gempa bumi pertama itu yang berukuran 7.9 pada skala Richter telah mengorbankan lebih 6,814 orang.

Lebih daripada 600 gegaran dicatatkan sepanjang minggu lepas selepas gempa bumi pertama itu melanda Nepal.

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment