Sunday 3 May 2015

Congo larang pemakaian purdah

Wanita Islam di Congo dilarang memakai purdah di tempat-tempat awam.

BRAZZAVILLE - CONGO. Republik Congo mengumumkan larangan pemakaian purdah di tempat-tempat awam.

Pihak berkuasa turut melarang migran beragama Islam menginap di masjid yang terdapat di seluruh negara.

Kerajaan berkata, larangan tersebut sebagai langkah untuk menghalang penyebaran aktiviti keganasan.

Pengumuman tersebut menjadikan Congo sebagai negara pertama di Afrika menguatkuasakan larangan seumpama itu. 

- Sumber: BBC

No comments:

Post a Comment