Sunday 3 May 2015

Enjin carian terbaru Microsoft


BERITA mengenai perkembangan aplikasi enjin carian baru Microsoft sudah mula kedengaran dalam kalangan pemerhati teknologi sejak beberapa bulan lalu namun Microsoft tetap mengunci mulut mengenainya.

Sehinggalah ketika acara Microsoft Build yang lalu, Microsoft dengan rasminya memperkenalkan enjin carian baru darinya, Microsoft Edge.

Meskipun telah secara rasmi diumumkan, aplikasi enjin Microsoft Edge ini bukanlah pengganti kepada Internet Explorer (IE). 

Ini kerana Microsoft akan melancarkan Windows 10 dengan dua aplikasi enjin carian sekali gus, iaitu IE serta Microsoft Edge.

Dibandingkan dengan IE, aplikasi enjin carian Microsoft Edge disifatkan mempunyai kemampuan yang lebih baik dari IE. 

Ini kerana aplikasi tersebut mempunyai fungsi penggunaan tulisan tangan serta boleh menyokong ciri Windows lain seperti aplikasi Cortana.

Sebagai tambahan, aplikasi Microsoft Edge ini juga mendukung penggunaan HTML serta Javascript. 

Pemerhati melihat aplikasi ini sebagai kesinambungan aplikasi enjin carian yang telah direka sebelum ini seperti Chrome dan Firefox.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment