Sunday 3 May 2015

Adik arwah mahu bertemu Admin FMC


SHAH ALAM – Adik mangsa kemalangan Lebuhraya Duke kini mengeluarkan kenyataan meminta untuk bertemu dengan pengurus (Admin) laman akaun Facebook Kelab Myvi Familia (FMC).

Adik mangsa, Faizznur Asyraf Husain, 25, menerusi Facebooknya berkata, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan kebajikan dua beradik, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, yang kini menjadi yatim piatu akibat daripada kemalangan tersebut.

Menurut Faizznur lagi, anak-anak saudaranya kini berada di bawah tanggungjawabnya.

“Mohon Admin (Pengurus) kelab call (hubungi) saya.. Datang berjumpa dengan saya. Demi membela nasib kedua anak arwah abang saya.

“Kini mereka dua beradik telah menjadi yatim piatu. Fikirlah jika kamu berada dalam keadaan seperti keluarga saya dan anak kamu seperti mereka berdua, apa tindakan kamu?” katanya yang turut memaparkan nombor untuk dihubungi.

Dalam pada itu, polis mengesahkan telah mengambil keterangan enam pemandu Perodua Myvi terbabit bagi menyiasat punca sebenar kemalangan itu.

Dua pemandu Myvi yang terlibat kemalangan telah diambil keterangan selepas ditahan di tempat kejadian manakala empat lagi menyerah diri di Balai Tun H.S Lee kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment