Sunday 3 May 2015

Hanez Suraya sah hamil

Hanez Suraya idsahkan hamil.

KUALA LUMPUR: Selepas mengesahkan dirinya bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah bulan lalu, Hanez turut dikhabarkan berita gembira apabila dirinya disahkan sudah hamil. 

Gambar profil di aplikasi WhatsApp miliknya turut memakai gambar hiasan perut mengandung yang bertulis, ibu saya tak sabar untuk berjumpa diri ini.

Pada asalnya Hanez enggan mendedahkan berita gembira itu kepada umum tetapi keterujaan adiknya Hanez Safira berkongsi gambar ujian kehamilan baru-baru ini menjadikan apa yang dirancang jadi sebaliknya.

Malah berita kehamilan itu juga jelas menunjukkan doa yang dipintanya ketika menjejaki Tanah Suci Makkah dimakbulkan. 

"Saya berharap jodoh perkahwinan ini akan kekal hingga ke jannah. Semoga dikurniakan zuriat yang sihat dan cantik tubuh badan. Saya juga turut berdoa di tempat yang dikatakan mustajab doanya seperti di Hijr Ismail," katanya kepada BH Online sebelum ini.

Tambah Hanez lagi, dia berharap kesihatannya akan baik-baik sahaja untuk melalui fasa baharu sebagai ibu.

"Adik saya terlalu teruja. Saya faham. Cuma tak sangka akhirnya jadi begini. Saya O.K sahaja. Lagipun ini benda (berita mengandung) berita baik. Cuma saya tidak mahu terlalu teruja asalnya kerana usia kehamilan ini masih baharu. Apapun saya bersyukur kerana doa di Tanah Suci dimakbulkan," katanya ringkas.

Ditanya mengenai imej baharunya bertudung selepas mengerjakan umrah, pelakon putih gebu itu memanjat kesyukuran.

"Alhamdulillah," katanya. 

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment