Sunday 3 May 2015

Luna mengakui bodoh gara-gara lelaki


LUNA MAYA

AKTRES terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui dirinya bodoh kerana sering dipermainkan lelaki sebelum ini.

Ketika ditemu bual pemberita Indonesia baru-baru ini, Luna, 31, menyifatkan dirinya tidak ubah seperti seekor keldai.

“Saya mengakui bodoh suatu ketika dahulu. Kini, saya tidak lagi menjadi keldai, sebaliknya sudah kembali menjadi manusia,” jelas bekas kekasih vokalis Noah, Ariel itu.

Luna juga enggan terburu-buru mengumumkan tarikh pernikahan bersama kekasih hatinya iaitu Reino Barack.

“Masih sibuk menjalankan bisnes, ia (perkahwinan) bukan fokus utama saya tahun ini,” katanya.

- Sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment