Sunday 3 May 2015

Dihentam sebab GST, Mawar ambil sikap tidak peduli


Salinan paparan Instagram, Mawar Rashid

DIHENTAM teruk kerana isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Mawar Rashid atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mengakui lebih selesa untuk mengambil sikap tidak peduli terhadap pihak yang lantang menghentamnya menerusi laman sosial.

Ujar gadis kelahiran Kelantan ini, dia tidak mahu membuang masa memikirkan kritikan yang dilempar padanya, sebaliknya menetapkan lebih fokus ke arah kerjayanya sebagai artis.

“Saya tidak peduli apa persepsi orang terhadap saya. Apa yang saya tahu, saya cuba sebaik mungkin untuk belajar dari kesilapan.

“Lagipun saya tidak suka menilai orang lain atas kesilapan yang mereka lakukan. Saya tahu kemampuan diri sendiri dan apa yang mampu saya belajar,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Mawar yang merupakan peserta sebuah program realiti, sebelum itu memuat naik sebuah klip video berdurasi 10 saat, yang seolah-olah mempersendakan ‘keyboard warriors’ yang mengkritik gadis berusia 20 tahun ini.

Mawar dalam pada itu turut memuatnaik hashtag #justbeingmyself dan #gstgirl dalam kapsyen video klip tersebut.

Kontroversi Mawar Rashid bermula sebaik temubualnya bersama wartawan hiburan yang tersebar secara meluas menerusi media massa.

Dalam slot temubual Mawar, Mawar dikatakan gagal memberi jawapan terbaik bagi menjawab soalan-soalan mengenai GST.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment