Sunday 3 May 2015

Floyd Mayweather menang menentang Manny Pacquiao

Pertarungan bersejarah itu turut disaksikan secara langsung oleh rakyat Malaysia melalui saluran HBO di Astro yang dibawakan dari Las Vegas. - Foto AFP

LAS VEGAS: Pertarungan tinju abad ini antara Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Mayweather dengan keputusan sebulat suara.

Pertarungan itu sekali gus mengangkat juara tinju Amerika Syarikat itu sebagai peninju yang berjaya mengekalkan rekod kejuaraan tanpa kalah dalam arena tinju.

Pertarungan bersejarah itu turut disaksikan secara langsung oleh rakyat Malaysia melalui saluran HBO di Astro yang dibawakan dari Las Vegas.

Kemenangan 48-0 itu sekaligus menambah gelaran super welterwight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Majlis Tinju Dunia (WBC), Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) dan The Ring kepada Mayweather.

Namun begitu, Pacquiao ketika ditemui AFP berkata, beliau menyangka sudah melakukan segalanya untuk meraih kemenangang.

"Saya fikir saya boleh menang kerana dia tidak berbuat apa-apa," kata Pacquiao.

Pacquiao tumbang 57-6 dengan dua seri.

Mayweather diumumkan menang selepas bertarung dalam 12 pusingan menentang ikon tinju dari Filipina itu. 

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment