Monday 27 April 2015

Sharnaaz komen isu Mawar Rashid tak tahu GST


SHARNAAZ berkongsi komen di laman Facebook miliknya dan seakan menempelak Mawar.

KUALA LUMPUR: Semalam kecoh mengenai seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid yang tidak dapat menjawab secara tepat apa itu maksud Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Video berkenaan turut menjadi viral, malah Mawar turut dihentam teruk kerana hal berkenaan. Malah ramai yang turut menyifatkan dia hanya memiliki wajah cantik dan pengikut ramai di laman Instagram tetapi tidak peka kepada isu semasa.

Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad hingga berkongsi komen di laman Facebook miliknya dan seakan menempelak Mawar.

"Apa yang kau orang cuba lahirkan di dalam industri? Jangan salah faham. Tapi ini agak sedih kalau bawa masuk ke dalam industri. Muka cantik tetapi pendidikan 'out'. Belajar dulu adik, baru fikir kemasyhuran," kata Sharnaaz.

Sementara itu Mawar di laman Instagram miliknya turut memuat naik gambar berserta keterangan gambar sekitar 12 jam lalu. Gadis berkenaan memohon maaf kepada semua kerana kurang peka terhadap isu semasa negara.

MAWAR memohon maaf kepada semua kerana kurang peka terhadap isu semasa negara. - Foto Instagram

"Pelajaran dan tugasan di kolej serta aktiviti saya yang padat setiap hari membuatkan diri ini lalai mengenai isu semasa. Mungkin ada yang di luar sana yang sebaya dengan saya juga tidak tahu apa itu GST. Saya belajar daripada kesilapan dan insya-Allah akan lebih membuka minda mengenai isu semasa. Saya minta maaf sekali lagi dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik," katanya.

Pertandingan Dewi Remaja sebelum ini pernah melahirkan bakat dalam industri seni seperti Scha Alyahya, Anzalna, Rita Rudaini, Izreen Azminda, Ramona Zamzam dan Izara Aishah.

Dewi Remaja 2014/2015 disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 8.30 malam manakala pada setiap Sabtu, bermula 8.30 malam bakal menyaksikan peserta disingkirkan hingga Dewi sebenar ditemui.

Program ini dihoskan bekas juara Hero Remaja 2008, Kamal Adli dan She Nabila dan boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135). Selebriti popular Erra Fazira dan Edry Abdul Halim turut dilantik sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan turut diundang pada setiap minggu.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment