Monday 27 April 2015

Matt Bellamy temui pengganti

Matt Bellamy

SETELAH pertunangannya dengan selebriti, Kate Hudson berakhir sejak empat bulan lalu, vokalis kumpulan Muse ini tidak menunggu lama untuk mempunyai pasangan.
Malah dikhabarkan, Matt Bellamy kini telah menemui pengganti dan wanita itu adalah model dan aktres, Elle Evans.

Menerusi laporan media antarabangsa, pasangan ini dikatakan dipertemukan oleh rakan masing-masing dan akhirnya membawa kepada hubungan yang lebih serius.

Kata sumber terdekat, Bellamy dan Evans mulai rapat sejak Februari lalu dan mereka turut keluar bersama di sebuah restoran di Hollywood.

"Hubungan asmara antara mereka kini semakin serius," kata sumber berkenaan.

Evans, 25, mula dikenali selepas muncul dalam klip video, Robin Thicke, Blurred Lines, dan turut membintangi filem, Muse yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment