Monday 27 April 2015

Percubaan ke-17 membuahkan hasil

  • Percubaan ke-17 membuahkan hasil
  • Che Omar bersama isteri dan cucunya gembira menunjukkan wang kemenangan hasil menyertai peraduan PR1M.

BANGI – “Sudah banyak kali pakcik cuba masuk macam-macam pertandingan, tapi tak ada nasib. Tak sangka pula tuah menang peraduan Sinar Harian,” kata seorang pesara, Che Omar Dali, 64, ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 2, Bangi, semalam.

Che Omar menyatakan hasrat menyertai peraduan PR1M kepada isterinya, Saharum Yahaya, 63, selepas melihat kegembiraan wajah-wajah pemenang yang tersiar di akhbar sebelum ini.

“Dia (isteri) kata, dah banyak kali masuk peraduan sekali pun tak pernah menang. Tapi pakcik tak serik mencuba, mana tahu ada nasib,” kata pesara Penolong Pegawai Penyelidik yang berasal dari Padang Terap.

Dia sengaja menggunakan sampul surat berwarna terang untuk menyertai PR1M dengan niat untuk memenangi hati juri.

Menurut Che Omar, dia menghantar penyertaan setiap dua hari sekali dan tidak pernah putus asa mencuba. Akhirnya percubaan pada kali ke-17 membuahkan hasil.

"Bila dapat panggilan daripada Sinar Harian beritahu pakcik menang, pakcik sangat gembira. Pakcik percaya jika nama dah tertulis di Luh Mahfuz akan menang, pasti akan menang juga,” katanya yang merupakan pembaca setia Sinar Harian sejak akhbar ini diterbitkan di Selangor.

Menurutnya, wang tunai RM1,000 yang diperoleh akan digunakan untuk perbelanjaan harian keluarganya.

Meskipun sudah memenangi PRIM Siri 11 April, Che Omar berkata, dia akan terus menghantar penyertaan sehinggalah peraduan tamat.

"Tak salah mencuba lagi, lagipun soalannya senang sangat, cuma perlu usaha ke pejabat pos, itu pun hanya mengambil masa 15 minit sekali pergi,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment