Monday 27 April 2015

Amuk: Pak 'guard' berdepan hukuman mati

Lokasi dua kakitangan bank diserang pengawal keselamatan.

JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan bank dihadapkan ke mahkamah di sini, atas dua tuduhan kerana membunuh dan menyebabkan kecederaan parah terhadap dua pegawai bank dalam kejadian 17 April lalu.

Rosly Mohd Ismail, 44 didakwa melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Ho Chin Tau, 33 di tingkat satu bangunan HSBC, Jalan Ayer Molek di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman bunuh.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Vasantha Devi, 54 dengan menggunakan pisau dalam kejadian sama.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment