Monday 27 April 2015

Anugerah Seni Boh Cameronian iktiraf bakat Nadia Aqilah



NADIA Aqilah - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Anugerah Seni Boh Cameronian mengiktiraf pelakon berbakat, Nadia Aqilah, yang menerima dua trofi bagi dua kategori seni persembahan Teater Muzikal pada majlis penganugerahan anjuran Boh Plantations Sdn Bhd dan Kaki Seni, malam ini.

Nadia mengungguli kategori Persembahan Terbaik Watak Utama menerusi teater muzikal The Last Five Years dan Persembahan Terbaik Watak Pembantu bagi teater P Ramlee The Musical (musim ketiga).

Pelakon Utama Terbaik seni persembahan Teater dimenangi Ameera Ramlee menerusi teater Lembu arahan dan skrip Nam Ron.

Majlis penganugerahan kali ke-12 itu mempertaruhkan 40 kategori, yang mewakili empat cabang seni persembahan menerusi Teater, Teater Muzikal, Muzik dan Tarian.

Selain itu, pengiktirafan khas turut diberikan kepada empat legenda yang pernah menghidupkan industri seni persembahan sekitar era 1980-an. Mereka adalah Datuk Rahim Razali, Datuk Faridah Merican, Datin Marion D'Cruz dan Chin San Sooi.

Penganjuran tahun ini turut memperkenalkan kategori baharu yang bertujuan mengiktiraf pementasan seni persembahan dalam kalangan pelajar sekolah menengah menerusi tiga anugerah kategori Junior Cammies.

Sementara itu, Persembahan Terbaik Bersama Ensemble bagi seni persembahan Teater Muzikal dimenangi P Ramlee The Musical (musim ketiga).

Pengarah Terbaik pula digenggam gabungan dua pengarah terkenal iaitu Harith Iskandar Musa dan Hans Isaac menerusi teater Supermokh The Musical.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment