Dengan kejayaan di acara saringan itu, kumpulan Sado Borneo berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.
KUALA LUMPUR: Kumpulan pemuzik tempatan Sada Borneo berjaya memukau juri di acara saringan Asia’s Got Talent yang diadakan di Studio Pinewood Iskandar Malaysia di Johor malam tadi.
Terdiri daripada lima orang anak muda, Sada Borneo mempersembahkan muzik akustik etnik kreatif di hadapan empat juri iaitu Anggun, David Foster, Melanie C dan Vanness Wu.
Sada Borneo yang membawa maksud 'muzik dari Borneo' mempersembahkan gabungan alunan bunyi dari alat muzik tradisional seperti sape, bungkau dan seruling di samping alat muzik moden seperti keyboard, bass dan gitar serta menyuntik elemen semula jadi seperti bunyi hujan dan burung, semalam.
Sebaik sahaja tamat persembahan, kumpulan Sado Borneo berjaya mendapat tepukan gemuruh dari penonton dan ‘standing ovation’ dari Vanness.
“Bagi saya muzik kamu seperti magis, kamu seolah-olah bawa saya ke dunia lain” kata Vanness.
“Kita pernah lihat gabungan muzik moden dan tradisional yang pada akhirnya tidak menjadi. Tetapi.... kamu berjaya!” kata Melanie.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment