GAMBAR menunjukkan kotak hitam kedua pesawat penumpang Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis ditemui. - Foto AP
MARSEILLE: Kotak hitam kedua dari pesawat penumpang Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis ditemui selepas pencarian selama sembilan hari.
Pasukan penyelamat menjumpai kotak hitam kedua dari pesawat Airbus A320 semalam, selepas yang pertama ditemui pada hari nahas.
Data teknikal, yang memberi maklumat penting saat-saat akhir penerbangan, direkodkan pada kotak hitam yang kedua.
Pegawai berharap pemeriksaan ke atas kotak itu dapat memberi lebih banyak petunjuk mengenai tragedi yang berlaku pada 24 Mac lalu.
Pesawat itu hilang dari radar pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan) ketika dalam penerbangan dari bandar Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman.
Lapan minit kemudian pesawat itu terhempas di Alps Perancis. Semua 150 orang termasuk anak kapal terbunuh dalam kejadian itu.
- Sumber: Agensi | 3 April, 2015
No comments:
Post a Comment