Friday 3 April 2015

Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh dari tingkat dua kompleks beli-belah


Foto menunjukkan kanak-kanak tersebut maut selepas jatuh dari tingkat dua kompleks beli-belah berkenaan - Facebook/Siakap Keli

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas jatuh dari tingkat dua sebuah kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City di sini sekitar jam 3 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati bahawa kanak-kanak tersebut jatuh dari tingkat dua hingga ke aras bawah tempat meletak kenderaan.

Kanak-kanak terbabit bersama ibu bapanya dikatakan bermain di sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment