Sunday, 15 March 2015

Saya tidak tertekan status bujang - Hazama

PENYANYI Hazama.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali Hazama menjelaskan bahawa dia tidak tertekan biarpun masih bujang walaupun kebanyakan teman rapatnya sudah berumah tangga. 

Jejaka berusia 31 tahun itu masih mempunyai impian yang belum dikecapinya lagi dalam persada seni sebelum berkahwin.

Hazama ternyata tidak ralat melihat rakan-rakannya sudah berkahwin malah gembira bagi pihak mereka.

"Saya tidak tertekan pun dengan isu kahwin kerana bagi saya tidak perlu terburu-buru kerana jodoh ditentukan oleh Allah. Mungkin ada hikmah kenapa saya belum sampai seru untuk berkahwin lagi. 

"Apabila sampai masa nanti maka saya akan berkahwin. Namun buat masa ini saya mahu fokus kepada kerjaya kerana saya belum puas berkarya lagi," kata Hazama kepada BH Online.

Sementara itu, Hazama turut berkongsi mengenai single terbarunya berjudul Sampai Mati yang mengisahkan mengenai seorang lelaki cuba meyakinkan kekasihnya bahawa dia adalah terbaik untuknya.

Hazama mengakui mudah untuk bekerjasama dengan komposer Omar K kerana ini bukan kali pertama mereka berkolaborasi bersama. 

Malah Hazama menjadikan kisah cintanya sebagai panduan bagi menghayati lagu itu dengan lebih mendalam.

"Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Omar K ini adalah runut bunyi bagi drama bersiri berjudul Hati Perempuan yang bakal bersiaran pada April nanti. 

"Saya menggunakan kisah cinta pada masa lampau untuk dijadikan inspirasi bagi menghayati lagu Sampai Mati ini dengan lebih mendalam," seloroh Hazama.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment