Monday 9 February 2015

Saiful luah perasaan, anggap diri insan kerdil

Saiful Bukhari

SHAH ALAM - Menjelang hari penentuan keputusan kes liwat II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, saksi yang juga pengadu kes berkenaan menyifatkan kepentingan dan maruah dirinya seolah-olah tidak dipedulikan.

Saiful menerusi catatan di blognya semalam mendakwa, wujud golongan yang hanya memikirkan implikasi politik hasil daripada keputusan mahkamah esok berbanding "kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa", tulisnya.

"Terus terang saya ingin luahkan, mutakhir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa dan Anwar Ibrahim orang yang dituduh.

"Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai di kalangan parti kerajaan dan pembangkang, penganalis bebas serta orang ramai yang berbicara dan lebih 'prihatin' tentang kesan kes ini terhadap senario politik berbanding kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Saiful berharap keputusan mahkamah yang akan diketahui esok nanti bebas daripada sebarang tekanan mana-mana pihak.

"Saya juga berasa pelik dan jelek apabila membaca saranan Anwar dan pelbagai pihak terutama penyokong 'clean and independent judiciary' yang mahukan kerajaan-Perdana Menteri mencampuri urusan badan kehakiman agar membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pada hemat saya, itu secara jelas dan terang-terangan tindakan yang menyalahi Undang-Undang. Bukankah itu satu 'Hypocrisy of the Highest Order'? Perjuangkan 'clean and independent judiciary" tapi dalam kes saya ini, mereka desak ada campur tangan.

"Saya mohon dan berharap agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan," luahnya lagi.

Melalui catatan sama, Saiful akui akan tetap dengan pendiriannya meskipun keputusan mahkamah itu nanti tidak memihak kepadanya.

"Jika keputusan sebaliknya, sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekali pun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa ALLAH SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran. Pasti ada hikmahnya. Jika tidak di dunia, di Masyar pasti.

"Apa pun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia..," tulis Saiful lagi.

Esok, Mahkahmah Persekutuan akan mengumumkan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat Saiful, tujuh tahun lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment