Monday 9 February 2015

Google Earth Pro kini percuma

Google Earth Pro menawarkan pelbagai fungsi Google Earth.

GOOGLE Earth sedia ditawarkan secara percuma sejak dulu daripada Google.

Selain itu, mereka juga mempunyai penawaran yang khusus untuk perusahaan sebelum ini, dinamakan sebagai Google Earth Pro dan memerlukan bayaran langganan sebanyak AS$399 (RM1,442.9) setahun untuk menggunakannya.

Kini perkara tersebut berubah, apabila Google mula menawarkan Google Earth Pro secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat turun tanpa sebarang langganan seperti sebelumnya.

Google Earth Pro menawarkan pelbagai fungsi Google Earth, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan pengimejan yang lebih jelas, serta beberapa fungsi tambahan seperti merancang rekaan bangunan pada sesuatu lokasi, mengukur saiz bangunan, serta menggunakannya dalam kajian serta pembelajaran.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun Google Earth Pro. Sebelum dapat memuat turunnya, pengguna perlu untuk mengisi maklumat peribadi terlebih dahulu, dan seterusnya anda akan diberikan dengan kata kunci khusus untuk menggunakan Google Earth Pro.

No comments:

Post a Comment