Monday 9 February 2015

Gadis rayu ayah pulang jadi wali

Abdul Ghani

Nurul Jannah

ARAU - Seorang bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinannya Jun ini mahu mencari bapa kandungnya untuk wali pernikahannya.

Nurul Jannah Abdul Ghani, 25, dari Kampung Hutan Buloh, Jejawi di sini, berhadapan kesukaran untuk mengesan bapanya, Abdul Ghani Md Yunus, 56, kerana tiada maklumat mengenai lelaki terbabit.

Menurutnya, malah ibunya, Che Intan Man juga tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai bekas suaminya selepas mereka bercerai pada 1999.

“Dua tahun lalu semasa hari raya, saya pernah jumpa ayah namun, selepas itu saya langsung tidak dapat menghubunginya melalui telefon bimbit.

“Baru-baru ini, saya pergi mencarinya di rumah adik-beradiknya di Felcra Lubuk Sireh Padang Besar namun, mereka juga tidak tahu ke mana ayah pergi. Saya merayu ayah pulang menjadi wali semasa hari pernikahan saya nanti,” katanya.

Nurul Jannah berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Ghani tampil memberi maklumat kepadanya atau menghubunginya di talian 014-3416695.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment