Monday 9 February 2015

Gores dan menang tukar strategi pulak

Arul Kumar (kanan) mengedarkan risalah mengenai penipuan kegiatan gores dan menang kepada orang awam di Pasaraya Giant, Nilai.


NILAI - Selepas banyak serbuan dan tindakan penguatkuasaan dilakukan sekitar Seremban, sindiket gores dan menang kini dikesan mengalihkan operasi mereka di kawasan Nilai pula.

Kegiatan penipuan itu dikatakan mula bergerak ke Nilai sejak hujung bulan lalu selepas ada antara penduduk di situ telah menjadi mangsa.

Malah, Adun Nilai, J Arul Kumar berkata, beliau juga menerima banyak aduan daripada orang ramai yang memberitahu mengenai kewujudan sindiket yang kini menyasarkan penduduk di Nilai pula.

“Sebelum ini, kita banyak dengar sindiket itu tertumpu di pasar raya di Seremban. Tapi dalam beberapa minggu ini, saya terima aduan daripada orang awam menerusi Facebook yang memperkatakan mengenai sindiket ini di Nilai.

“Nampaknya mereka mula mencari mangsa di kawasan Nilai pula. Saya difahamkan, sindiket ini ada berkeliaran seawal jam 10.30 pagi hingga petang,” katanya.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan pujukan rayu pekerja sindiket itu yang kononnya menawarkan hadiah lumayan.

“Saya pun sudah sudah maklumkan kepada Ketua Polis Nilai supaya membuat rondaan lebih kerap di sekitar pasar raya dan beliau pun bersetuju dalam usaha membanteras kegiatan ini,” katanya.

Selain itu, Arul Kumar berkata, orang ramai juga sepatutnya sudah mengetahui penipuan sindiket berkenaan apabila telah banyak dilaporkan menerusi media.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment