Monday, 9 February 2015

Polis siasat ancaman tembak di Facebook

Perdana Menteri Lee Hsien Loong

SINGAPURA - Satu laporan polis dibuat susulan beberapa ancaman terhadap Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, kata jurucakap polis semalam.

Beliau berkata "siasatan sedang dijalankan".

Saluran televisyen tempatan, Channel NewAsia (CNA), melaporkan ancaman itu dibuat dalam catatan di laman Facebook pada 6 Februari lepas.

Dalam satu daripada catatan itu, penulis mengugut untuk menembak perdana menteri manakala catatan lain mendakwa satu bom ditinggalkan di Lapangan Terbang Changi.

CNA melaporkan catatan itu turut ditag kepada Hsien Loong dan Polis Singapura. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a comment