Thursday, 17 October 2013

Ibu muda maut akibat racun

BENTONG - Seorang ibu muda  dua anak maut dipercayai meminum racun kerana dikatakan mempunyai masalah peribadi dalam kejadian di Kampung Orang Asli Sungai Bot, di sini pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis, Deputi Superintendan, Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira- kira jam 5 pagi kelmarin.

Menurutnya, selepas dipercayai meminum racun, mangsa berusia 19 tahun kemudiannya berjalan beberapa meter ke rumah abang iparnya untuk memaklumkan perkara itu.

“Abang ipar mangsa kemudiannya membawanya ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan. Dalam perjalanan, mangsa muntah beberapa kali dan turut pengsan.

“Mangsa disahkan mati ketika dalam perjalanan kira-kira jam 5.30 pagi,” katanya.

Wan Azharudin berkata, mangsa meninggalkan dua anak perempuan berusia empat dan dua tahun.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment