Polis Kuala Lumpur mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup 18 kereta mewah curi bernilai RM2.07 juta di sebuah kawasan perindustrian di Klang dekat sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya melakukan serbuan di kawasan itu dan menjumpai semua kenderaan di dalam gudang, yang dipercayai akan dihantar ke Dubai.
"Antara kenderaan yang ditemui ialah sebuah kereta jenis Mazda 3, dua van Toyota Hiace, enam Toyota Fortuner dan sembilan Toyota Hilux yang dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata polis turut menahan seorang suspek berusia 40 tahun di gudang itu dan kini memburu penyewa premis berkenaan iaitu Choong Chee Keong, 40, yang beralamat di Kampung Sungai Lekok, Jerantut, Pahang bagi membantu siasatan.
Choong memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan, katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohmad berkata polis menahan sembilan individu, termasuk seorang wanita, yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan seorang peguam warga Australia di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini pada 4 Okt lepas.
Beliau berkata kesemua suspek diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Raja, Klang pada Ahad lepas.
"Hasil siasatan terhadap seorang suspek lelaki dan wanita warga tempatan itu, kami percaya mereka merupakan anggota kongsi gelap.
"Kami turut menjumpai sebilah pisau Rambo, 22 bilah parang, pedang samurai, cota besi, topeng muka, beberapa paket tembakau, gari dan sarung tangan yang dipercayai digunakan suspek untuk jenayah lain," katanya.
Susulan itu, Mohmad berkata pihaknya memburu tiga lagi suspek utama yang dikenali sebagai Muhd Rapai Amininula@Apai, 38, yang dipercayai dari Sabah; M. Syaifuddin Rosman, 21, dari Taman Maluri, Cheras; dan Mohd Fadli Saludin, 25, dari Jalan Batu Sapi, Sabah.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment