Seorang lagi rakannya berumur 20an yang memiliki sepucuk pistol melarikan diri dalam kejadian 12.45 tengah malam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Superintendan Arjunaidi Mohamed berkata suspek yang cedera pada bahu kanan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Beliau berkata suspek yang ditahan itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan polis percaya kedua-duanya terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar kawasan itu.
Sebelum itu, semasa meronda di sekitar kawasan itu, anggota polis terbabit bersama rakannya dari balai Sungai Way terlihat seorang lelaki warga tempatan sedang khayal menghisap dadah jenis syabu dan hasil soal siasat, lelaki itu memaklumkan dia mendapat bekalan dadah dari lelaki warga Afrika yang tinggal tidak jauh dari situ.
Mereka menemui dua lelaki Afrika terbabit di tingkat empat rumah pangsa itu dan semasa hendak menangkap mereka berlaku pergelutan dan secara tiba-tiba seorang daripada lelaki itu mengeluarkan pistol.
Arjunaidi berkata demi mempertahankan diri, seorang daripada anggota polis itu melepaskan satu das tembakan yang terkena pada bahu kanan seorang daripada lelaki Afrika terbabit.
Dalam perkembangan berasingan, Arjunaidi berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas remaja perempuan yang mayatnya ditemui di dalam sebuah beg di Jalan Kebun Nenas, Klang, Selasa lepas, menunjukkan kematiannya disebabkan kecederaan di kepala dan tiada bukti remaja itu dirogol.
"Kita juga telah menemui bukti iaitu telefon bimbit mangsa di rumah suspek di Taman Cempaka, di sini," katanya sambil menambah polis percaya motif kejadian adalah rasa tidak puas hati lelaki terbabit.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment