Friday 25 October 2013

Kes rompak, bunuh di Ambank: Suspek larikan RM450,000

Kes Ambank: Suspek larikan RM450,000 - Polis

KUALA LUMPUR:  Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment