Helen Flanagan tidak pernah malu untuk menayangkan susuk tubuhnya yang menggoda.
Jadi memang tidak menghairankanlah bekas teman wanita kepada pemain sayap West Brom, Scott Sinclair, ini membuat keputusan untuk berbogel secara menyeluruh bagi kalendar terbarunya pada 2014.
Model pakaian dalam wanita itu kelihatan memperagakan badannya yang ramping bak pinggang kerangga dengan mengenakan pakaian-pakaian menggiurkan dan ada masanya beraksi di depan kamera tanpa seurat benang untuk keluaran musim baru nanti!
Setelah membuat pengisytiharan kepada FHM yang mengatakan dia mempunyai buah dada terhebat di dunia buat masa ini, Helen dipercayai cuba membuktikan dakwaannya melalui kalendar seksi ini.
Helen, yang dicalonkan sebagai Wanita Paling Seksi di Britain oleh majalah FHM pada awal tahun ini, juga mungkin melakukan kemunculan sulungnya di Hollywood dalam masa terdekat selepas kelihatan membuat kunjungan ke beberapa agensi model dan lakonan di Los Angeles, menurut akhbar terbitan The Daily Mirror.
Helen Flanagan berjaya meraih tempat ketiga dalam undian tahunan FHM bagi kategori Wanita Paling Seksi di dunia
Sumber: MyLaunchpad
No comments:
Post a Comment