Wednesday 6 May 2015

96,488 maklum balas rundingan awam KWSP


KUALA LUMPUR - Kumpulan WangHi Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup rundingan awam bagi inisiatif penambahbaikannya setelah dibuka selama dua minggu bermula 21 April lepas.

Rundingan itu yang juga merupakan rundingan awam terbesar di negara ini, mendapat maklum balas sebanyak 96,448 daripada ahli KWSP.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata hasil keputusan rundingan tersebut akan dianalisa serta dibentangkan kepada Lembaga KWSP untuk penghuraian dan perbincangan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil untuk penambahbaikan.

"Keputusan awal rundingan tersebut menunjukkan sokongan terhadap pilihan untuk mengekalkan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun serta terhadap inisiatif-inisiatif yang lain," katanya.

Di samping itu, Shahril memberi jaminan bahawa hasil keputusan rundingan ini akan diumumkan secepat mungkin setelah dibentangkan kepada Lembaga KWSP.

Beliau menambah pihaknya berbangga dengan rundingan awam tersebut yang telah mendapat maklum balas menggalakkan daripada ahli KWSP.

"Berikutan kejayaan rundingan ini dan penglibatan yang menggalakkan dalam kalangan ahli, KWSP akan menggunakan platform rundingan seperti ini untuk berhubung secara aktif dengan ahli bagi inisiatif lain yang berkaitan dengan persaraan mereka," katanya. 

- Sumber:  Bernama

No comments:

Post a Comment