Wednesday 6 May 2015

Terima kasih Siti, sampai juga hajat adik Amira

Foto Instagaram rozisangdewi

PENYANYI popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza hari ini mengadakan pertemuan dengan anak-anak mangsa nahas Lebuhraya Duke, di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Melihat kemesraan anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 7, dengan Siti, ramai pelayar Facebook menzahirkan nasihat supaya isteri Datuk K itu mengambil kedua beradik tersebut sebagai anak angkat.

“Terserlah sifat keibuan beliau. Siti, ambil sahajalah mereka berdua jadi anak angkat Siti,” tulis Fazrin Zafrin.

Seorang lagi pemilik akuan Facebook menggunakan nama Ramlah Abd Samad mengucapkan penghargaan ke atas usaha Siti untuk bertemu dengan kedua beradik itu.

“Terharu dan terima kasih Siti kerana telah datang menziarah anak yatim piatu Nur Amirah dan adiknya,” katanya.

Semalam menerusi sebuah video berdurasi 6 saat, anak sulung mangsa, Nur Firuza Amira meluahkan hasrat bertemu dengan penyanyi nombor satu negara itu.

Siti menerusi laman mikro Twitter miliknya, @CTNurhaliza11 memberikan respons “InsYA-ALLAH pasti bertemu “ selepas ditanya peminat yang menyaksikan video adik Nur Firuza Amira.

Lantaran itu, timbul spekulasi bahawa Siti akan mengambil mereka berdua sebagai anak-anak angkatnya.

Dakwaan tersebut dijawab oleh pengurus peribadinya, Rozi yang memohon agar spekulasi tersebut tidak terus disensasikan.

Menerusi laman Instagramnya, Rozi menyatakan bahawa sejak berita tersebut tersebar pihak Siti dihujani pelbagai pertanyaan sedangkan berita tersebut belum sahih.

"Datuk Siti sendiri ada Instagram beliau sendiri, jika ada yang henak dikhabarkan tentulah ada sahihnya daripada pihak beliau," tulisnya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment