Wednesday 6 May 2015

Usah ungkit sejarah silam saya - Fahrin Ahmad

PELAKON, Fahrin Ahmad pada tayang perdana Pilot Cafe di Pavillion, Kuala Lumpur. - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akan melangsungkan hari bahagianya pada pagi Sabtu ini di Pusat Konvensyen Sime Darby. 

Hari berkenaan juga jatuh pada ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Menurut pelakon filem Pilot Cafe, bakal isterinya hanya orang biasa dan hanya akan diperkenalkan pada hari mereka bernikah dan menegaskan bukan di kalangan orang seni.

"Sepanjang perkenalan belum genap setahun ini, kami tak melalui proses percintaan yang biasa seperti kebanyakan pasangan kekasih. Dek kesibukan saya, kami terlalu jarang berjumpa. 

"Kami ambil keputusan untuk ke fasa seterusnya dua tiga bulan selepas perkenalan dan seterusnya untuk melakukan perbincangan membabitkan ahli keluarga masing masing hujung tahun lepas.

"Saya juga nampak keikhlasan dan ketulusan keluarga bakal isteri untuk menerima saya sekalipun saya pernah berdepan dengan episod percintaan yang pahit sebelum ini termasuk dicop macam macam," katanya kepada BH Online pada sidang media diadakan di Flora Terrrace.

Fahrin dilihat begitu bijak menyimpan rahsia percintaannya dan bersyukur kerana nasib seperti menyebelahinya kerana hubungan mereka tidak diketahui ramai.

"Mungkin ada hikmahnya kerana ada tanggungjawab untuk melindungi perasaan keluarga bakal isteri yang tidak terbiasa dengan senario hiburan tanah air," katanya.

Fahrin juga berharap selepas ini apa sahaja sejarah percintaannya yang dahulu tidak lagi diungkit.

"Biarlah sejarah lama itu terus luput kerana saya sudah akan membina kehidupan sendiri," katanya sambil menyifatkan bakal isterinya seorang yang bijak, matang dan tabah.

Diasak mengenai gosipnya dengan Izreen Azminda yang dikaitkan selepas sama sama membintangi drama Eskperimen Cinta, Fahrin menjelaskan tiada apa apa antara mereka.

"Itu soal hati dia dan semuanya di luar bidang kawalan saya," katanya.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment