Wednesday 6 May 2015

Orang ramai diminta waspada e-mel palsu


KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berwaspada dengan penyebaran e-mel kononnya daripada syarikat itu yang mendakwa penerima e-mel memenangi hadiah wang tunai RM150,000 daripada TNB.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata TNB tidak pernah menjalankan aktiviti promosi seperti itu.

"Ia adalah mesej e-mel palsu yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak dikenali untuk mencuri maklumat peribadi. 

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjawab e-mel itu atau mendedahkan data dan maklumat peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi TNB di talian 1300885454

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment