Wednesday 6 May 2015

Siti Nurhaliza lancar Radio Peace Yall FM malam ini

KUALA LUMPUR: Stesen radio bervisual, Peace Yall FM Radio Online berkonsepkan Radio Interaktif yang dimiliki sepenuhnya oleh Datuk AC Mizal akan dilancarkan malam ini di Zebra Square, Kampung Pandan. 

Istimewanya Datuk Siti Nurhaliza diberi penghormatan untuk melancarkan majlis itu nanti.

Peace Yall FM akan bersiaran 24 jam sehari dan akan beroperasi sepenuhnya melalui sistem interaktif secara aplikasi dengan hanya satu klik untuk memuat turun aplikasi di 'Apps Store' bagi pengguna Apple iOs atau 'Google Play Store' untuk pengguna sistem peranti Android. 

Anda juga boleh melayari saluran interaktif ini melalui laman sesawang www.Peaceyallfm.com menerusi komputer atau pelayar mudah alih. 

Berkonsepkan 'satu klik' Peace Yall FM komited membawakan satu pengalaman yang pasti luar biasa sejajar peredaran semasa yang pastinya 'BOOM' Pendekatan Media alaf baru ini bertujuan menyuntik minat Generasi Y merasai inovasi teknologi masa kini dan kami di Peace Yall FM menjadi perintis membawakan Radio Interaktif bervisual dwibahasa pertama di Asia Tenggara.

Antara vj yang akan mewarnai radio ini ialah Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila, Syuk Balas dan Abam Bocey. Siti Nurhaliza juga akan membuat persembahan selain, Joe Flizzow dan Sonawan.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment