Friday 10 April 2015

Samsung perkenal tiga model TV Ultra HD

Samsung

SAMSUNG hari ini melancarkan model televisyen definisi tinggi ultra (SUHD) bagi memenuhi kehendak penduduk Malaysia yang mahukan model terkini dan terbaik dalam pasaran.

Model JS8000 55 inci berharga RM9,999, JS9000 65 inci (RM24,999) dan JS9500 78 inci (RM39,999) termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Menerusi siri baharu ini, Samsung Malaysia Electronics menyasarkan untuk menambah sekali ganda jualannya, terutama model JS800 skrin rata 55 inci.

"Kami menjangkakan model 55 inci ini laris dijual disebabkan skrin rata yang menarik minat rakyat Malaysia, manakala dua model lain merupakan skrin lengkung," katanya.

"Di seluruh dunia, pasaran definisi tinggi ultra berkembang lima hingga enam peratus dari segi nilai tahun lepas dan angka itu diunjur meningkat sekali ganda.

"Malaysia dijangka mencatat trend yang sama," kata Ketua Elektronik Pengguna Samsung Malaysia Jimmy Tan Chee Wee selepas pelancaran tiga modal berkenaan oleh Presiden Samsung, Lee Sang Hoon di sini hari ini. 

- Sumber: Bernama| 9 April, 2015

No comments:

Post a Comment