Friday 10 April 2015

Raksasa Godzilla dilantik duta pelancongan Tokyo



Godzilla dinamakan sebagai duta pelancongan dan residen khas Tokyo atas populariti raksasa itu. - Sumber gambar: www.independent.co.uk

SHINJUKU: Populariti Godzilla membawa raksasa itu dilantik sebagai duta pelancongan dan residen khas Tokyo.

Godzilla disifatkan mampu memberi kemewahan dan kejayaan kepada bandar Shinjuku.

Raksasa yang dikenali di layar perak itu ditemukan dengan Datuk Bandar Shinjuku, Kenichi Yoshizumi dalam majlis pelancaran yang diadakan di studio penggambaran siri Godzilla pertama tahun 1954, pada Khamis.

“Saya dengar setiap bandar yang dihancurkan Godzilla di layar perak akan mendapat kejayaan selepas itu. Jadi saya harap filem seterusnya akan menjalani penggambaran di sini,” kata Datuk Bandar Kenichi Yoshizumi.

Pastinya pelantikan itu dapat perhatian pengguna media sosial bukan sahaja di Jepun malah seluruh dunia.

Ada yang menerima berita itu dengan gembira dan tidak kurang yang bersikap sinis.

Selain itu, Hotel Gracery Shinjuku di Kabuchiko yang menampilkan tema Godzilla bakal jadi tarikan pelancong bila dibuka pada 24 April ini.

- Sumber: Agencies

No comments:

Post a Comment