Sunday 5 July 2015

Isteri maut, suami putus tangan terseret

Gambar hiasan

PORT DICKSON - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Lebuhraya Port Dickson-Seremban kira-kira jam 4 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa Nor Azina Mohd Ratki, 39, maut di tempat kejadian sementara suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Sumber memberitahu, siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa tinggi yang dibonceng Shamasrol hilang kawalan dan terbabas di kiri jalan selepas isterinya mengantuk.

“Akibat daripada itu, leher mangsa (Nor Azina) terseret di atas besi penghadang jalan manakala Shamasrol tercampak dan turut terkena besi penghadang jalan menyebabkan putus tangan kiri di paras siku.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment