Sunday 5 July 2015

Billboard guna gambar babi?

Wombat merupakan maskot syarikat Servcorp yang berpangkalan di Australia.

Heboh di laman sosial sejak semalam tentang sebuah iklan hari raya yang dipaparkan di sebuah billboard di Jalan Bukit Bintang.

Apa yang menjadi perbualan adalah imej gambar di billboard tersebut yang menampakkan seolah-olah seekor khinzir memberi ucapan Selamat Hari Raya.

Turut dipaparkan di skrin billboard berkenaan adalah nama syarikat Servcorp beserta nombor telefon syarikat terbabit.

Namun apa yang terjadinya sebenarnya adalah salah faham kerana imej khinzir yang terpapar itu sebenarnya seekor wombat.

Wombat merupakan maskot syarikat Servcorp yang berpangkalan di Australia.

Perkara tersebut boleh dilihat menerusi satu video korporat yang boleh ditonton di laman rasmi syarikat tersebut.

Video korporat Sevcorp memaparkan wombat sebagai maskot. Servcorp merupakan sebuah syarikat pembekal ruang suite eksekutif dan konsep pejabat maya. Ia ditubuhkan pada tahun 1978. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment