Sunday 7 June 2015

'Tidak perlu pihak ketiga selesaikan kemelut Tun M-Najib' - Khairy

KHAIRY: Tiada pihak ketiga boleh selesaikan kemelut yang melanda antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

SERDANG: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tiada pihak ketiga yang boleh menyelesaikan kemelut yang melanda antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagi Khairy, kalau perlu diadakan pertemuan antara dua individu terbabit, mereka boleh mengadakan perbincangan tersebut secara bersemuka.

"Tidak perlu pihak ketiga. Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Najib boleh buat pertemuan empat mata untuk bincangkan isu berkaitan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam hal berkaitan, Khairy turut menolak untuk memberi sebarang kenyataan berkaitan pegawai penasihat Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak menghadirkan diri dalam program "Dialog PM Bersama NGO" Jumaat Lepas. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment