Sunday 7 June 2015

Hairul, Hanis selamat diijabkabul


DENGAN sekali lafaz, pelakon dan juga blogger terkenal, Hanis Zalikha sah bergelar isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, jam 3.50 petang tadi (5 Jun 2015).

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain dengan disaksikan oleh Imam Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah serta sanak saudara dan rakan kedua-dua mempelai.

Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Hairul telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM91,019.90 sempena tarikh lahir Hanis.

Hanis tampak ayu dengan busana yang disediakan oleh Zery Zamry dan di solek oleh juru mekap terkenal, Tiar Zainal.

- Sumber: Sinar Harian | 5 Jun 2015

No comments:

Post a Comment