Gambar-gambar pertama Puteri Charlotte di samping Putera George dikeluarkan secara rasmi di media sosial.
KUALA LUMPUR: Keluarga diraja Britain secara rasminya mengedarkan foto-foto rasmi pertama Puteri Charlotte di samping abangnya, Putera George pada Sabtu.
Rangkaian foto berkenaan juga adalah gambar pertama Puteri Cambridge itu selepas dirakam lensa kamera semasa hari kelahirannya pada awal Mei lalu.
Tiga keping gambar dua beradik diraja tersebut dimuat naik ke laman Twitter @KensingtonRoyal sekitar jam lima pagi waktu tempatan.
Difahamkan, Kate Middleton merakamkan sendiri gambar kedua cahaya matanya pada pertengahan Mei, semasa puteri itu baru sahaja berusia dua minggu.
Menurut jurucakap rasmi Istana Kensington, Putera William dan Kate kini menetap di Anmer Hall. Pasangan diraja itu memilih tempat tersebut sebagai lokasi paling sesuai untuk membesarkan keluarga, sambil dibantu oleh seorang pengasuh sepenuh masa.
Sejurus kelahirannya, pemilik nama penuh Puteri Charlotte Elizabeth Diana dari Cambridge ini berada di tangga keempat pewaris takhta keluarga diraja Britain sekaligus menolak bapa saudaranya, Putera Harry ke tempat kelima.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment