Saturday 6 June 2015

Amy Mastura kini berhijab

Amy Mastura

SELEPAS penghijrahan aktres Erra Fazira, kini selebriti kecil molek, Amy Mastura pula mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sepenuhnya.

Perkara ini disampaikan oleh jurusolek artis iaitu Alha Alfa menerusi laman sosial Instagramnya yang mengucapkan tahniah kepada Amy Mastura dan gembira dengan perubahan ini.

"Makeup photoshoot for my luvly sista @amymasturalerr. Semoga penghijrahan akak memberi sejuta keberkatan dan kebahagiaan. We love u," tulis Alha Alfa.

Sementara itu, memetik laporan portal, selebriti itu sudah lama berniat untuk berhijrah.

"Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment