Saturday 2 May 2015

Najib ada hak diam diri


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak punya hak sama ada memilih tindakan berdiam diri atau bersuara terhadap kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Speaker Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, rakyat negara ini tidak boleh sewenangnya mempersoalkan tindakan Najib yang memilih berdiam diri bagi menjawab kritikan Dr Mahathir.

Jelasnya, Najib bukan tidak mampu membalas serangan Dr Mahathir, sebaliknya cuba menunjukkan contoh terbaik bagi kehidupan masyarakat sivil dalam tindakannya.

“Ini bukan gerak kerja dalam negara demokrasi dan masyarakat sivil. Beliau (Najib) terus tenang walaupun beliau dituduh mengabaikan isu tersebut dan tidak menjawab semua dakwaan yang dilontarkan kepadanya kerana rasa hormatnya kepada Dr Mahathir.

“Bagaimanapun bila beliau tidak menjawab kritikan Dr Mahathir, beliau kini dituduh memprovokasi dan memanjang isu yang dikemukan pula,” katanya menerusi petikan blognya sskeruak.blogspot.com, semalam.

Katanya lagi, sebagaimana rakyat diberi peluang untuk mengkritik, masyarakat negara ini juga harus memberi peluang untuk Najib menerima dan membalas kritikan yang dilontarkan.

"Tidak syak lagi rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengkritik. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka yang dikritik juga mempunyai hak untuk menjawab kritikan tersebut. Hak itu berfungsi dalam dua cara.

"Kita tidak boleh mengkritik beliau (Najib) kerana berdiam diri, dan kemudian,kita kritik beliau kerana beliau 'buka mulut'," katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment