Saturday 2 May 2015

Aksi akrobatik guna basikal tua


[VIDEO] KITA pastinya sudah biasa melihat aksi akrobatik dengan menggunakan basikal BMX.

Tetapi pernahkah anda terfikir aksi itu juga boleh dibuat dengan menggunakan basikal palang.

Kehebatan seorang anak muda dari Afrika ini benar-benar mencuri perhatian ramai.

Hanya dikenali sebagai Onta, dia melakukan pelbagai aksi menarik dengan hanya menggunakan basikal palang.

Aksi itu juga telah dikongsi oleh pengguna Facebook menerusi video dimuat naik oleh pemilik akaun Bikemap pada September, tahun lalu.

Selepas tujuh bulan, video itu sudah ditonton lebih 5 juta kali dan dikongsi oleh 375,981 oleh pengguna FB.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment