Sunday 26 April 2015

Zizan terus berteka-teki

Zizan Razak

NAMA pelawak popular ini terus diheret dalam kancah kontroversi apabila tersebarnya beberapa keping gambar seorang gadis yang dikenali sebagai Nor Edura Diyana Hisham.

Didakwa bakal suri kepada Zizan Razak, kenyataan bapa pelakon ini di media hiburan (bukan Sinar Harian) mengenai perkara ini seakan mengakui kehadiran gadis itu dalam hidup Zizan.

Menurut laporan berkenaan, bapa Zizan, Ab Razak Husain, memberitahu bahawa anaknya pernah meluahkan hasrat untuk memperisterikan gadis itu dan telah bertemu tiga kali di bandar Kuala Terengganu pada tahun lalu.

Namun, ketika dihubungi, Zizan mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai pendedahan bapanya itu.

"Saya rasa, buat masa ini, lebih baik sekiranya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Saya belum bersedia untuk bercakap kepada mana-mana media," katanya ringkas.

Pun begitu, Zizan tidak keberatan untuk berkongsi perkembangan mengenai produk penjagaan kulit yang baharu sahaja dipasarkan sejak minggu lalu.

Memilih nama, Zima Beauty Series, ramai mengandaikan produk itu ada kaitannya dengan pelakon, Emma Maembong melalui gabungan nama.

"Ia tak ada kena-mengena dengan gabungan nama seperti itu. Sebenarnya, ia singkatan kepada Zizan Mall iaitu syarikat pemasaran produk yang baharu sahaja ditubuhkan.

"Alhamdulillah, walaupun baharu seminggu di pasaran secara atas talian, produk ini menerima sambutan yang menggalakkan. Sejujurnya saya tidak menjangkakan sambutan sehebat ini," katanya yang mengakui kontroversi yang melanda tidak menjejaskan sokongan peminatnya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment