Sunday 26 April 2015

‘Pesawat saya naik tidaklah besar, kecil sahaja’

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – “Walaupun saya sudah bersara, saya masih dapat naik kapal terbang kerajaan. Tetapi (pesawat itu) tidaklah besar, kecil sahaja... tetapi masih boleh terbang,” seloroh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ia merupakan sebahagian kelebihan dan antara faedah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan.

“Masa saya kecil, bapa saya cikgu sekolah.. Gajinya cuma 90 ringgit saja.. Jadi saya tidaklah ada harta warisan yang banyak. Masa tu, saya pi (pergi) beli mee mamak yang berharga 50 sen pun mamak tak mahu jual sebab saya cuma ada 20 sen sahaja. Bila jadi Perdana Menteri, gaji saya RM8000. Cuba bayangkan berapa banyak mee mamak yang boleh saya beli dengan RM8000?

“Sewaktu saya sudah jadi Perdana Menteri, saya langsung tidak usik duit gaji kerana semuanya kerajaan sudah sediakan. Rumah,api, air dan sebagainya. Sehingga sekarang saya masih menikmati kemudahan yang diberikan,” katanya ketika bercakap di program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 tahun dari tahun 1981 sehingga tahun 2003.

“Semasa saya masih perdana menteri, saya boleh terbang tanpa bayar sewa. Cuti pun saya dapat elaun. Saya guna semua itu sebab rakyat di negara ini bagi layanan yang cukup pada seorang perdana menteri.

“Apabila bersara, gaji saya mencecah sehingga RM20,000. Kita boleh fikir berapa banyak pinggan mee goreng saya boleh beli… Tidak perlulah nak tambah lagi. Cukuplah setakat itu. Kalau saya nak tambah pun sudah tidak boleh,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment