Sunday 26 April 2015

Kepingan berlian serlah elemen mewah Oppo R1X



OPPO R1x yang disifatkan sebagai menepati kehendak pengguna yang mahukan elemen mewah kerana mempunyai rekaan kepingan berlian di belakangnya.

OPPO memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya, Oppo R1x yang disifatkan sebagai menepati kehendak pengguna yang mahukan elemen mewah kerana mempunyai rekaan kepingan berlian di belakangnya.

Oppo R1x turut dilengkapi dengan penggunaan perlindungan Gorilla Glass 3.

Mengikut spesifikasi, peranti itu hanya setebal 6.85 milimeter dilengkapi skrin 12 sentimeter (sm) dengan resolusi HD 720 x 1280 piksel. Oppo R1x turut dipadankan dengan pemproses Snapdragon 615 1.7GHz yang disokong oleh RAM 2GB.

Peranti baharu ini juga didatangkan dengan memori simpanan 128GB serta tambahan 16GB microSD. Penggunaan telefon bimbit ini dikendalikan oleh sistem operasi OS Android KitKat 4.4. 

Telefon pintar ini mempunyai kamera utama 13MP di hadapan serta kamera sekunder 5MP.

Untuk pilihan warna, Oppo R1x hanya ditawarkan dalam dua pilihan warna, Ice White serta Sapphire Blue.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment