Sunday 26 April 2015

Canggih: Tetikus pengesan nadi



MIONIX memperkenalkan teknologi terbaru iaitu tetikus khas untuk penggemar permainan video, NAOS QG. - Foto Slashgear

PEMINAT permainan video pasti mengetahui keseronokan bermain permainan video di komputer berbanding bermain menggunakan telefon pintar atau gajet permainan video lain.

Jika bermain permainan video di komputer, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah penggunaan tetikus yang sesuai dan menjadikan permainan video itu menjadi lebih menarik.

Tetapi banyak laporan yang menyatakan penggemar permainan video menghabiskan hampir 12 jam bermain video dan kadangkala akibat terlalu asyik dengan permainan, mereka mengabaikan aspek kesihatan.

Memikirkan perkara ini, MioniX memperkenalkan teknologi terbaru iaitu tetikus khas untuk penggemar permainan video, NAOS QG. Tetikus ini dikatakan bukan saja memberikan keseronokan bermain permainan video tetapi mampu mengesan tahap tekanan (stress) pengguna.

Hanya perlu meletakkan tangan di atas tetikus dan secara automatik ia dapat mengesan nadi dan keadaan pengguna. Membolehkan peminat permainan video mengetahui keadaan diri mereka ketika itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Mionix, Carl Silbersky, berkata dengan adanya data itu, seorang pemain permainan video dapat mengetahui bagaimana reaksi tubuh mereka bahkan jika bermain bersama rakan (kedua-duanya menggunakan tetikus NAOS QG) mereka dapat melihat keadaan nadi rakan mereka.

Ketika ini NAOS QG masih dalam proses produksi dan akan berada di pasaran pada bulan September nanti.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment