Sunday 26 April 2015

Syatilla miliki ciri wanita idaman - Shaheizy Sam



SHAHEIZY Sam bersama ibu tersayang, mummy Khaty. - Foto NSTP

KLANG: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014, Shaheizy Sam,33, mengakui pelakon Syatilla Melvin memiliki ciri wanita idamannya.

Sifat rendah diri, pandai membawa diri, tidak hipokrit serta tahu menghormati keluarganya antara sikap dimiliki Syatilla yang cukup disenangi pelakon itu.

Sam mengakui, setakat ini, Syatilla adalah wanita paling akrab dengannya tetapi mereka tidak pernah berbincang mengenai langkah seterusnya dalam perhubungan mereka.

"Saya memang bukan seorang yang mudah meluahkan rasa cinta. Seingat saya kali terakhir saya meluahkan perasaan cinta kira-kira enam tahun atau tujuh tahun lalu.

"Saya bukan jenis yang suka menabur janji manis kepada wanita. Kalau berkawan dengan saya perlulah ada dasar percaya, jadi kalau wanita itu rasa ada masa ke depan dengan saya dan dia sanggup tunggu, maka tunggulah.

"Tapi jika dia rasa ada orang yang lebih baik, pergilah...saya tidak kisah. Bagaimanapun, saya akui senang berkawan dengan Syatilla sebab dia tidak hipokrit, pandai bawa diri dan tahu menghormati orang. Ciri yang dimiliki Syatilla itu memang ciri wanita idaman saya," kata Sam yang ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran dan sambutan hari ibu, hari ini.

Sam juga berkata, jika sudah tiba masanya, dia sendiri akan mengumumkan berita baik itu kerana menyedari peranannya sebagai hak masyarakat.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment