Rohani
PUTRAJAYA - Kakitangan wanita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpeluang mendapat kelonggaran waktu bekerja melalui inisiatif baharu diperkenalkan kementerian itu, semalam.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, program dikenali sebagai Minggu Bekerja Terubahsuai itu akan memberi lebih fleksibiliti kepada kakitangan wanita yang memperoleh markah 85 peratus dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
Menurutnya, terdapat tiga kaedah diperkenal iaitu bekerja dari rumah, masa bekerja anjal dan waktu bekerja mingguan yang diubahsuai.
"Inisiatif baharu ini akan memberi kemudahan dan kelebihan kepada pegawai dan kakitangan wanita kerana dapat mengimbangi kehendak tugasan pejabat dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu serta mengekalkan prestasi dan kecemerlangan individu dan organisasi," katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC 2014) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semalam.
Menurutnya, walaupun program itu dikhususkan kepada kakitangan wanita, ia turut dibuka kepada pekerja lelaki dalam usaha kementerian itu untuk mengimbangi gaya hidup antara kerja dan keluarga.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment