Thursday 12 March 2015

Gitaris Slipknot Mick Thomson cedera ditikam di kepala

Berdasarkan kenyataan pengurus jelajah Slipknot, insiden berdarah itu tidak menjejaskan jadual persembahan mereka yang telah diatur. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan heavy metal Slipknot Mick Thomson dikejarkan ke hospital kerana cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan melibatkan pisau dengan abangnya, Andrew, pada Rabu.

Menurut portal berita The Guardian, kecederaan yang dialami Mick, 41, antara lain disebabkan kesan tikaman di belakang kepalanya.

Perkelahian itu berlaku di kediaman Mick di Iowa dan kedua-dua adik-beradik itu ditemui dalam pengaruh alkohol ketika polis tiba di tempat kejadian.

Mick dan Andrew telah dihantar ke hospital dalam ambulans berlainan. Bagaimanapun, kedua-dua mereka cedera dalam insiden tersebut, namun pihak polis menyatakan bahawa keadaan mereka tidak mengancam nyawa.

Vokalis kumpulan tersebut, Corey Taylor melalui akaun Twitternya telah mengesahkan bahawa Mick tidak berada dalam keadaan kritikal.

Slipknot pada Oktober tahun lalu telah melancarkan album 5: The Gray Chapterdan mereka kini sedang dalam perancangan untuk konsert jelajah di Amerika Utara bermula April ini sebelum berangkat ke Eropah untuk menjayakan persembahan sempena festival musim panas.

Berdasarkan kenyataan pengurus jelajah Slipknot, insiden berdarah itu tidak menjejaskan jadual persembahan mereka yang telah diatur. 

- Sumber: Agensi 

No comments:

Post a Comment