Jose Mourinho - Foto AFP
PENGENDALI Chelsea Jose Mourinho mengakui pasukannya itu memang tidak layak untuk menang selepas mempamerkan aksi hambar menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi.
Menurut Mourinho, keyakinan terhadap pasukannya hilang selepas gagal bertahan sehingga pasukan lawan berjaya meledakkan dua gol.
"Saya akan melihat semula rakaman perlawanan dan akan berbincang dengan pemain," katanya dipetik bola.net
Mourinho menambah, penampilan pasukannya itu tidak seperti yang diharapkannya.
The Blues tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas hanya seri 2- 2 dengan PSG. Bagaimanapun PSG mara dengan 3-3 berdasarkan gol di tempat lawan.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment